Arus peredaran zaman tidak pernah statik. Seiring ledakan media sosial dan keterbukaan komuniti, semakin ramai wanita mula melangkah masuk, membawa warna baharu dalam dunia yang sebelum ini agak eksklusif untuk lelaki. Dalam gelombang perubahan ini, nama Puteri muncul sebagai antara wajah yang mencuri perhatian. Anak jati Puchong, Selangor ini membesar dalam persekitaran yang dekat dengan aktiviti memancing. Sejak kecil, dia sudah biasa mengikuti ayahnya ke kolam pancing air tawar. Dari situlah asasnya terbentuk, bukan melalui teori atau latihan formal, tetapi……














