fbpx
SAINGAN Liga Super perlu terus kekal dengan prestij menjadi saingan bola sepak paling kompetitif dan utama di negara ini.

Liga Super berisiko hilang prestij

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESTIJ saingan Liga Super kini berdepan ancaman sekiranya beberapa situasi getir tidak diatasi segera sekali gus merisiko saingan tersebut untuk sekadar menjadi ‘liga jemputan’ pada masa hadapan.

Segala isu berbangkit khususnya membabitkan kelangsungan pasukan bertanding wajar ditangani dengan baik bagi mengelak penarikan diri pasukan elit dan paling utama pertandingan itu tidak dianjurkan secara ‘terpaksa’.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya ketika saingan musim ini semakin hampir ke penghujung, kempen musim depan memerlukan pendekatan lebih adil buat semua pasukan dan mengikut objektif utama.

“Pasukan jemputan ini tidak bermaksud pasukan luar negara sahaja, boleh jadi juga pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) atau skuad kebangsaan bawah 23 atau bawah 21. Semua ini tidak mustahil berlaku kerana pernah terjadi sebelum ini.

“Kita tidak mahu musim depan kerana mahu cukupkan pasukan, jemput pasukan-pasukan ini. Kita mahu Liga Super kekal berprestij, kuat, boleh berikan cabaran dan mampu menarik sokongan penaja.

“Apabila ada pasukan yang mahu tarik diri daripada Liga Super, ini menandakan liga kita sudah menurun dan tidak lagi dipandang oleh kelab. Mereka beranggapan jika tidak berada di Liga Super, masih boleh beraksi di semi pro.

“Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kena buat kajian dan selidik apa punca sebenar pasukan besar tidak mahu memilih Liga Super. Adakah sebab kewangan atau ada sebab lain,” katanya.

Musim depan menyaksikan Liga Super berdepan risiko kehilangan Terengganu FC yang dianggap salah satu pasukan elit ekoran masalah kewangan.

Dua bekas pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim dan E. Elavarasan, kekecewaan pasti menyelubungi peminat bola sepak tempatan khususnya di negeri itu dan Malaysia tidak boleh lagi kehilangan pasukan berstatus ‘gergasi’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN