fbpx

Suspek tunjuk kemaluan bukan cikgu sekolah memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BACHOK – Pengurusan Akademi Memandu AmKist (Amkist) di sini menafikan dakwaan yang mengatakan tenaga pengajar di institut itu terlibat dalam kejadian menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring di sini semalam.

Pengarah Amkist, Noor Haslina Abdullah berkata, berdasarkan laporan mangsa, individu yang terlibat dalam kes itu sebenarnya bukan tenaga pengajar Amkist sebaliknya suspek merupakan seorang pemandu kontrak di institut tersebut.

Menurutnya, suspek itu bekerja sebagai pemandu yang ditugaskan untuk mengambil dan menghantar pelajar yang datang belajar di Amkist.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Amkist telah menggantung tugas pemandu itu serta-merta sementara siasatan dalaman dijalankan.

“Selain itu, pemandu itu juga tidak melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila dia datang bekerja seperti biasa pagi tadi sebelum menerima surat penggantungan tugas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Noor Haslina, ekoran kejadian itu telah menjejas nama baik dan reputasi Amkist dalam industri pengendalian institut memandu di Kelantan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan polis sedang menjejak seorang lelaki berusia 40 tahun yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku petang semalam ketika mangsa yang berusia 27 tahun bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI