fbpx
ANGGOTA bomba ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki Indonesia lemas selepas dipercayai melakukan aktiviti mandi manda di kawasan lombong Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kota Tinggi semalam.

Lelaki lemas ketika mandi lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki asing dipercayai mandi-manda di kawasan lombong bertukar tragedi apabila mangsa ditemukan lemas di Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.

​Mayat mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Sudarwanto, 32, dijumpai di dasar lombong tersebut selepas dilaporkan hilang.

​Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 5.59 petang.

​”Mangsa ditemukan di kawasan tengah lombong pada kedalaman kira-kira 11 meter, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN