fbpx
Chuan Huat.

Lelaki ditahan kes cabul murid perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda ditahan bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan seorang murid perempuan di Seri Alam, Pasir Gudang di sini yang tular di media sosial sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Johor, Hoo Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya mengesan hantaran tular yang dimuat naik menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh berhubung kejadian itu semalam.

Susulan itu, ibu mangsa berusia 37 tahun membuat laporan polis kira-kira pukul 9 malam hari yang sama.

“Pengadu (ibu mangsa) memaklumkan kejadian cabul itu dipercayai berlaku pada 2025 di Seri Alam. Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam menahan seorang lelaki berusia 28 tahun pada pukul 10.30 malam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chuan Huat berkata, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak. Sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai kejadian melibatkan seorang lelaki disyaki guru yang didakwa melakukan hubungan seks dengan murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Pasir Gudang.

Menurut ibu mangsa, kejadian dipercayai berlaku pada September tahun lalu. Satu laporan polis telah dibuat sebelum ibu mangsa dikatakan menarik balik laporan berkenaan setelah guru tersebut berjanji akan mengahwini anaknya apabila mencapai usia 18 tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN