JOHOR BAHRU – Guru lelaki yang disyaki mencabul seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Masai, Seri Alam, Pasir Gudang direman enam hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 28 tahun itu direman hari ini bermula hari ini sehingga 27 Mei ini.
Jelasnya, suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 27 Mei depan,”katanya ringkas.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang l lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan seorang murid sekolah rendah di kawasan Masai, Seri Alam, Pasir Gudang di sini yang tular di media sosial sejak semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat dilaporkan berkata, suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun kira-kira pukul 10.30 malam bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial facebook berhubung kejadian itu melibatkan seorang guru lelaki didakwa telah melakukan hubung seks seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Masai, Pasir Gudang, Seri Alam di sini.
Menurut ibu mangsa, kejadian dipercayai berlaku pada September tahun lalu dan telah membuat laporan polis sebelum ibu mangsa dikatakan menarik balik laporan berkenaan selepas guru berkenaan berjanji akan mengahwini murid berkenaan selepas mencapai usia 18 tahun.-KOSMO! ONLINE














