fbpx

Bekas guru tadika didakwa cederakan budak lelaki hingga lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas guru tadika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak lelaki sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua belah bahu kanak-kanak itu, bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh Loh ke Xuan ,22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun 11 bulan sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua belah bahu mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sri Hartamas 2 di sini antara pukul 8 pagi hingga 5.30 petang pada 2  September lalu yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala peguam Sarah Wong mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tarikh 24 November ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI