fbpx

PDRM terima 4 laporan berkaitan Pandora Papers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung pendedahan Pandora Papers berkenaan dakwaan wang Malaysia ke luar negara secara haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, daripada empat laporan yang diterima, dua telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum menggesa siasatan.

“Bagi dua lagi laporan polis, PDRM telah membuka kertas siasatan dan menjalankan rakaman percakapan pengadu.

“Satu kertas siasatan yang dibuka telahpun dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Oktober 2021 manakala satu lagi kertas siasatan akan dirujuk kepada BNM pada 18 Oktober 2021 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pembangkang mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat pendedahan yang terkandung dalam Pandora Papers.

Pandora Papers didakwa menyatakan jumlah wang yang disimpan di luar negara mencecah ratusan bilion ringgit oleh ramai individu dari Malaysia.

Presiden Rusia, Vladimir Putin; Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein dan Ratu Elizabeth II turut dikaitkan dengan dokumen tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI