fbpx

Chelsea perlu elak ‘disengat’ Brentford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan itu biarpun memiliki kelebihan dua gol. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tidak boleh memandang rendah kemampuan pendatang baharu, Brentford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Sebaliknya, Tuchel, 48, perlu memastikan benteng pertahanannya dapat ‘merantai’ dua penyerang lincah The Bees, Ivan Toney dan Bryan Mbeumo yang mampu menjadi pemusnah.

Dua pemain itu sudah membuktikan kemampuan mereka apabila berhadapan kelab besar seperti menewaskan Arsenal 2-0 sewaktu aksi pembukaan EPL pada Ogos lalu sebelum mengikat Liverpool 3-3 hujung bulan lepas.

Walaupun Toney dan Mbeumo masing-masing baru meledak dua gol dalam tujuh aksi EPL, namun kebolehan mereka mencipta gerakan boleh ‘melukakan’ The Blues.

“Toney membuatkan Virgil Van Dijk dan Joel Matip kelihatan seperti pemain biasa dengan memenangi semua perebutan bola di udara.

“Brentford juga ada Mbeumo yang boleh menghadirkan ancaman bahaya. Walaupun bukan seorang pemain yang tinggi tetapi dia mempunyai kemahiran tinggi ketika berlari dengan bola,” kata Tuchel.

Bagaimanapun, Tuchel tidak terlalu bimbang kerana beliau bakal diperkuatkan semula de­ngan kehadiran bek kanan England, Reece James selepas pulih daripada kecederaan.

Kepulangan Reece memboleh­kan Tuchel kembali menggunakan sistem permainan 3-4-3 yang dilihat boleh menyekat pergerakan Toney dan Mbeumo dengan menghalang pemain-pemain Brentford daripada melakukan hantaran lambung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI