fbpx
Putri bertemu suaminya ketika dalam salah satu penerbangannya tiga tahun lalu. - TikTok

Pramugari bertemu jodoh dengan penumpangnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kisah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.

“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan berkenaan,” kata Putri.

Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.

Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertinggal di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.

Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikecewakan oleh seorang lelaki, dan enggan mempunyai hubungan dengan lelaki lain serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada dia (suami) menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.

Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.

“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.

“MasyaAllah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.

“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI 

POPULAR