fbpx

SpongeBob, Minie Mouse sambut kehadiran murid pendidikan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASKOT SpongeBob SquarePants dan Minie Mouse menyambut kehadiran seramai 24 orang murid PPKI SK Cherang Ruku, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kehadiran seramai 24 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku di sini diceriakan dengan sambutan dua maskot kartun iaitu SpongeBob SquarePants dan Minie Mouse yang dipakai guru mereka.

PPKI merupakan kelas pendidikan khas yang melibatkan pelajar lembam dalam pelbagai kategori termasuk kurang upaya pemikiran, sindrom down, kecacatan fizikal dan hiper aktif.

Tinjauan Kosmo! di sekolah berkenaan mendapati, kehadiran dua maskot itu menceriakan suasana untuk menyambut kembali kehadiran murid-murid PPKI yang sudah hampir enam bulan tidak bersekolah.

Seorang bapa, Muhamad Adi Deraman, 44, berkata anaknya Mohamad Amar Firdaus, 10, bersiap sedia untuk ke sekolah sebelum waktu Subuh kerana tidak sabar untuk bersemuka dengan gurunya setelah sekian lama tidak bersama di kelas berkenaan.

Menurutnya, dia mengakui sukar bagi ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak istimewa kerana kemahiran itu hanya dimiliki guru mereka di sekolah.

“Kita buat sekadar mampu terutamanya mengajar anak-anak solat dan membaca al-Quran di rumah ketika mereka tidak boleh pergi ke sekolah dalam tempoh yang lama.

“Anak saya bukan seperti murid lain yang boleh mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Segala kemahiran untuk mengajar mereka ada pada guru-guru di sekolah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di SK Cherang Ruku di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI