fbpx

Polis cekup lelaki simpan syabu, pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu, pil kuda dan peralatan menghisap dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang semalam. -Foto IHSAN POLIS

RANTAU PANJANG – Polis merampas dadah jenis syabu seberat 32.5 gram dan 54 biji pil kuda selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Lubok Stol di sini semalam.

Serbuan pada pukul 4 petang itu melibatkan rampasan dadah bernilai RM3,790 yang berada dalam milikan lelaki berusia 26 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, selepas suspek ditahan, anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di dalam kawasan rumah tersebut.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dijalankan, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar dan paket biru mengandungi dua jenis dadah itu di atas meja di bahagian rumah tamu rumah berkenaan.

“Selain itu, polis turut merampas peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dan menghisap dadah. Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah. Lelaki itu juga mengaku dadah yang dijumpainya itu adalah miliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Nasaruddin memberitahu, polis turut menahan dua lelaki berusia 37 dan 39 serta merampas 0.2 gram syabu dalam satu lagi serbuan di Kampung Kedap, Rantau Panjang semalam.

Katanya, serbuan itu dilakukan pada pukul 5.30 petang dan mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh positif dadah jenis methamphetamine. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI