fbpx

2 lokaliti di 2 negeri bakal dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dua lokaliti yang berbeza di dua negeri bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masing-masing bermula pada esok dan lusa.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, Kampung Rompon, Daerah Tambunan di Sabah akan mula Jumaat ini hingga 7 Oktober, manakala Kampung Orang Asli Gangai dalam Mukim Slim, Daerah Muallim di Perak pula berkuat kuasa esok sehingga 6 Oktober depan.

Kata beliau, sembilan lokaliti berakhir PKPD masing-masing dengan Taman Samudera, Daerah Manjung sudah tamat hari ini iaitu lebih awal daripada jadual ditetapkan pada 2 Oktober ini, selain empat lokaliti di Pahang juga tamat esok seperti dijadualkan antaranya Kampung Batu 1, Temerloh dan Felda Keratong 8, Rompin.

Selebihnya ujar beliau, melibatkan lokaliti dalam Daerah Jerantut iaitu dua perkampungan masyarakat Orang Asli di Sungai Kiol dan Tekeh serta kawasan Felda Sungai Tekam.

“Di Sabah, ia meliputi Kampung Lohan Ulu, Ranau dan Kampung Pengalat Kecil, Papar serta Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih, Putatan yang dikenakan PKPD sejak 10 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI