fbpx

Kg. Pasir Kelang, Kelantan lokaliti tunggal kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah perkampungan di Kelantan menjadi lokaliti tunggal di negara ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Rabu ini iaitu Kampung Pasir Kelang dalam Mukim Batu Mengkebang di Jajahan Kuala Krai.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, langkah itu susulan lonjakan kes setelah diumumkan kluster komuniti di sana oleh Jabatan Kesihatan Kelantan pada Jumaat lalu dengan jumlah kumulatif mencecah 38 kes semalam.

“Perkampungan tradisional itu merangkumi Pasir Kelang Lama dan Baru sudah pun menerima vaksin Covid-19 menerusi program jangkauan melibatkan lebih 300 penduduk pada Julai lalu.

“Lokaliti terpencil ini dipisahkan oleh Sungai Kelantan dan hanya boleh dihubungi dengan feri yang mengambil masa lima minit perjalanan ke jeti kawasan di seberangnya sejauh 250 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI