fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 2 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di dua buah negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak antara kawasan yang terjejas ialah di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu serta Limbang.

“Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas),” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI