fbpx

Warga asing punca Felda Kechau 9 kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula pada Sabtu ini iaitu Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau, Lipis.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia susulan penularan wabak Covid-19 di kawasan itu yang dilapor Jabatan Kesihatan Pahang apabila sudah mencecah lebih 20 pesakit positif semalam termasuk 10 bukan warganegara.

“Kes jangkitan tempatan itu dipercayai daripada seorang bukan warganegara hasil saringan kontak rapat pada 20 September lalu, serta merebak ke kawasan jirannya di Felda Kechau 1 dan 6,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD pada tarikh sama ialah Taman Teratai dalam Mukim Budu di daerah itu ekoran tujuh kes baharu hasil saringan bergejala dan kontak rapat pada 25 September lalu.

“Kampung Bukit Serdang, Bera di negeri sama pula diwartakan PKPD mulai esok sehingga 14 Oktober ekoran sudah pun merekodkan 12 kes positif setakat semalam,” katanya.

Bagaimanapun, Rodzi menambah, empat lokaliti di negeri tersebut akan ditamatkan PKPD seperti dijadualkan esok iaitu Penjara Penor, Kuantan selain tiga perkampungan masyarakat Orang Asli dalam kalangan etnik Jahut iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong, Temerloh. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI