fbpx

PKPD 3 pos Orang Asli di Pahang disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Untuk tempoh dua hari berturut-turut, tiada lagi lokaliti baharu di negara ini bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, tiga pos penempatan Orang Asli di Pahang disambung lagi PKPD bermula Ahad ini antaranya sejumlah 19 perkampungan komuniti Orang Asli dalam kalangan suku kaum Semai di Pos Sinderut dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis dilanjutkan kali kedua.

“Ia meliputi 5,000 penduduk daripada lebih 1,100 keluarga termasuk di Regang, Lubuk Muman, Saweh, Tidol, Bukit Long, Kuala Sinderut, Tual, Janggap, Rangan, Tigol dan Cherung.

“Pos berkenaan mula dikenakan PKPD pada 12 September lalu sebelum disambung semula selama 14 hari mulai 26 September lepas akibat penularan wabak dari Kluster Dusun Pak Senam,” katanya.

Turut dilanjutkan lagi PKPD ialah kawasan Pos Lenjang dan Pos Titom dalam mukim yang sama dengan dihuni lebih 1,000 orang masyarakat Orang Asli serta juga dalam kalangan etnik Sema akibat penularan Kluster Dusun Pak Senam yang sehingga semalam merekodkan jumlah kumulatif 943 kes positif Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI