fbpx

Taman Rimba kena PKPD kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kluster tempat kerja yang serius menyebabkan PKPD dilaksanakan lagi di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang buat kali ketiga. – FOTO: MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Ribuan penduduk Taman Rimba di Mentakab, Daerah Temerloh, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk kali yang ketiga.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, sekatan selama tempoh 14 hari itu telah bermula 12 tengah malam tadi sehingga 20 Februari depan.

Pelaksanaan PKPD itu menurut beliau menerusi kenyataan di sini, hasil penelitian penilaian risiko dan trend jangkitan wabak Covid-19 yang dibentangkan pihak Kementerian Kesihatan.

Difahamkan ia susulan penularan tempat kerja yang mencetuskan Kluster Jalan Maran Batu Satu di kawasan itu yang setakat semalam sudah pun merekodkan kumulatif 75 kes positif.

Kawasan perumahan berkenaan pernah dikenakan PKPD sebanyak dua kali tahun lalu iaitu buat julung kali dari 22 Jun sehingga 5 Julai dan kemudian lagi dari 8 hingga 21 Ogos.

Pada ketika ini, Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan ada tujuh kluster di daerah tersebut termasuk empat kluster pendidikan, dua kluster tempat kerja dan baki satu kluster komuniti.

Kesemua kluster berkenaan mencatatkan sebanyak 229 kes positif Covid-19 yang menjadikan keseluruhan di Temerloh berjumlah 14,186 kes sejak pandemik itu dikesan Mac tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI