fbpx

18 kampung Orang Asli di Pos Betau kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sejumlah 18 buah perkampungan masyarakat Orang Asli di Daerah Lipis, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia melibatkan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau dalam Mukim Ulu Jelai.

“Langkah itu susulan lebih lebih 20 kes positif Covid-19 yang sudah direkodkan Jabatan Kesihatan Pahang sejak bulan lalu dipercayai akibat penularan Kluster Komuniti Sungai Jelai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan dikenakan PKPD meliputi Kampung Meter, Kampung Sentoi, Kampung Sarang, Kampung Cekai, Kampung Limau, Kampung Lanchang, Kampung Samak, Kampung Sat, Kampung Kabang, Kampung Kuala Kenik.

Turut terlibat ialah Kampung Miluk, Kampung Ulu Miluk, Kampung Celang, Kampung Bertam, Kampung Jelengok, Kampung Tual, Kampung Belida Baru dan Kampung Simoi Baru.

Penempatan kalangan suku kaum Semai itu didiami hampir 3,000 orang dan terletak 70 kilometer dari Kuala Lipis serta diwakili Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Rodzi memaklumkan bahawa PKPD tersebut berlangsung selama 14 hari sehingga 2 November depan, manakala tiada lokaliti sedia ada yang akan dilanjutkan lagi sekatan berkenaan.

“Justeru, dua lokaliti di dua negeri bakal ditamatkan PKPD serentak esok seperti dijadualkan antaranya Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI