fbpx

Felda Lembah Klau sekali lagi dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas empat hari tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebuah skim tanah di Pahang dilaksanakan sekatan itu bermula esok iaitu kawasan Felda Lembah Klau dalam Mukim Gali di Daerah Raub.

Ini merupakan kali kedua penempatan peneroka yang dibuka sejak 1963 itu dikenakan PKPD selepas julung kali diwartakan dari 14 sehingga 27 Julai lalu.

Pada masa itu, lokaliti berkenaan diwartakan PKPD susulan penularan Kluster Sungai Jelai dari Daerah Lipis, namun kali ini tiada sebarang kluster dan lebih 30 kes Covid-19 direkodkan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, tiada lokaliti di negara ini yang akan dilanjutkan lagi PKPD selama tempoh 14 hari akan datang, sebaliknya lima kawasan bakal ditamatkan serentak esok.

Antaranya ialah Kampung Bukit Serdang dalam Daerah Bera, Pahang yang berakhir PKPD dua hari lebih awal daripada dijadualkan setelah dikenakan sekatan tersebut pada 1 Oktober selain empat perkampungan Orang Asli dalam kalangan etnik Temiar di Seri Makmur dalam Daerah Kinta, Perak yang sudah dilaksanakan PKPD sejak 29 September lalu.

Ia ditamatkan esok seperti tarikh yang ditetapkan MKN melibatkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI