fbpx

Aksi derbi London milik Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA (kiri) membuka tirai jaringan buat Chelsea ketika mereka menewaskan Spurs 2-1 pada aksi kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji reaksi barisan pemainnya pada separuh masa kedua selepas menang 3-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Masing-masing satu gol menerusi Thiago Silva, N’Golo Kante dan Antonio Rudiger memastikan The Blues membawa pulang tiga mata, sekali gus menerajui takhta kejuaraan liga buat masa ini dengan 13 mata.

Bagaimanapun, juara Eropah itu memulakan perlawanan tersebut agak hambar apabila dilihat ‘lemas’ dengan serangan dilakukan Spurs selain hanya melakukan satu percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

“Memang tidak dinafikan saya sedikit kecewa dengan aksi yang ditampilkan pada separuh masa pertama kerana gagal untuk mengeluarkan permainan sebenar Chelsea. Selain itu, kami benarkan pasukan lawan bergerak bebas untuk menyerang.

“Pada waktu rehat, saya berbincang dengan pemain me­ngenai apa yang perlu diperbaiki dan mereka memberikan respons cukup baik apabila menjaringkan tiga gol serta bermain sebagai satu pasukan,” kata pengendali dari Jerman itu.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada penjaga gol, Kepa Arrizabalaga dan Silva kerana menampilkan aksi cukup baik ketika separuh masa pertama bagi menghalang pasukan tuan rumah menjaringkan gol.

“Beberapa aksi individu daripada Kepa dan Thiago berjaya menyelamatkan kedudukan Chelsea pada separuh masa pertama. Secara jujur, Spurs lebih baik dari segi perebutan bola serta ketika situasi 50-50,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI