fbpx

Lelaki urus pengambilan vaksin RM20 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEMPORNA – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti memperdayakan orang awam dengan mengambil bayaran sebanyak RM20 bagi setiap seorang penerima suntikan vaksin Covid-19.

Lelaki tempatan berusia 61 tahun itu dikatakan mampu menguruskan pengambilan vaksin di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekiranya orang awam membuat pembayaran kepadanya.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki terbabit ditahan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti pada pukul 2.35 petang, Jumaat lalu di Pekan Semporna.

Farhan Lee.

“Lelaki berkenaan disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan vaksin Covid-19 dengan menerima bayaran RM20 bagi setiap seorang penerima vaksin di Dewan Masyarakat Semporna.

“Kita mendapati seramai 16 individu yang sudah diuruskan suspek dengan bayaran RM20 setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Berkenaan modus operasi pula, jelas beliau, suspek menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan suntikan vaksin di daerah Semporna dengan bayaran ditetapkan untuk setiap seorang mangsa.

“Kita memandang serius perkara seumpama ini sama ada melibatkan kumpulan sindiket atau individu yang mengambil peluang menjalankan kegiatan menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan vaksinasi dengan mengenakan bayaran.

“Hal ini kerana kerajaan memberikan suntikan vaksin adalah secara percuma kepada semua,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI