fbpx
MUHAMMAD LUQMAN menunjukkan buah durian katak puru yang ditanam di Sungai Klah, Sungkai dekat Tanjung Malim semalam.

Durian katak puru setanding musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Durian kampung hampir pupus yang digelar ‘katak puru’ oleh penduduk Sungkai dekat sini mempunyai keenakan tersendiri setanding buah premium lain seperti musang king dan D24.

Menurut seorang pemilik ­bersama ladang durian, Muhammad Luqman Irfan Ahmad Nazri, 31, durian jenis tersebut telah ­ditanam oleh arwah datuknya dan pokok itu kini berusia lebih 80 tahun.

“Ada dua pokok dengan hasil buah setiap musim tiba kira-kira 80 hingga 100 biji yang setiap kilogram (kg) dijual antara RM8 hingga RM10.

“Mengapa menjadi buruan kepada penggemar raja buah ini kerana mereka mendakwa rasanya yang manis, berlemak selain isinya kuning pekat membuatkan sesiapa sahaja kecur liur,” katanya ketika ditemui di Sungai Klah di sini semalam.

Bentuk buah durian katak puru agak bulat, saiz durinya yang agak besar selain corak kulitnya agak menggerutu seperti katak puru.

Katanya, durian jenis itu memerlukan penggunaan baja dan racun pengawal perosak tanaman yang minimum.

“Selain katak puru, dia juga mempunyai dua jenis durian kampung yang hampir pupus iaitu pasai dan daun.

“Durian pasai rasanya lemak pahit yang biasanya digemari kaum Cina sementara jenis daun lebih manis serta kandungan gas yang agak tinggi,” katanya.

Dia mempunyai kira-kira 50 pokok majoriti jenis kampung termasuk jenis premium iaitu musang king, udang merah dan IOI yang ditanam seluas 2.22 hektar.

Berkenaan harga durian yang semakin jatuh disebabkan oleh lambakan, Muhammad Luqman mempunyai kaedah tersendiri untuk menanganinya.

“Lebih 80 peratus saya jual kepada pelanggan tetap iaitu kakitangan Hospital Slim River dan Politeknik Sultan Azlan Shah sejak mula mengambil alih pengurusan ladang durian ini kira-kira lima tahun lalu.

“Selebihnya, baru jual kepada peraih sekitar Sungkai. Jualan secara terus membolehkan harga agak stabil,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN