fbpx
Bella Astillah hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi memberi sokongan moral kepada tunangnya, Syed Saddiq, di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, di sini, hari ini.

‘Saya doa kebenaran, keadilan, ketenangan bersama YB’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – “Doakan.”

Demikian respons, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi memberi sokongan moral kepada tunangnya, Syed Saddiq, di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, di sini, hari ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, tiba di pekarangan mahkamah diiringi saudara terdekatnya pada pukul 7.55 pagi.

Mengenakan baju kurung berbunga kuning oren, Bella tampak ceria serta yakin malah sempat melemparkan senyuman kepada hampir 100 wakil media yang menunggu prosiding keputusan rayuan akhir terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar itu.

Selepas itu dia dilihat terus menuju ke kamar mahkamah bertemu bakal mentuanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah yang tiba di mahkamah pukul 7 pagi.

Terdahulu, menerusi hantaran Instagram Bella menitipkan doa penuh harapan agar segala urusan tunangnya itu dipermudahkan.

Dia berharap keputusan yang bakal diumumkan pagi ini akan memihak kepada Syed Saddiq selain mendoakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa mengiringi perjuangannya.

“Esok (hari ini) adalah hari yang sangat besar setelah sekian lama menanti. Saya doakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa bersama YB Syed Saddiq.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, mengangkat segala beban, dan memberi kekuatan untuk melalui hari yang penuh makna ini.

“Kadang-kadang perjalanan untuk mencari keadilan tidak mudah. Ia menguji hati, kesabaran dan kepercayaan kita kepada aturan Allah.

“Tetapi saya percaya, setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap doa yang ikhlas tidak pernah sia-sia. Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella turut menzahirkan harapan agar segala ujian yang dilalui digantikan dengan kebahagiaan, selain mendoakan keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan penuh keikhlasan.

“Semoga yang benar dan baik terus dilindungi. Semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan ikhlas.

“Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya.

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui pagi ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli politik terbabit pada pukul 9 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN