fbpx
NORWAY merehatkan ramai pemain tonggak ketika berdepan Perancis untuk memastikan tahap kecergasan menjelang aksi menentang Ivory Coast. - AFP

Piala Dunia 2026: Norway ada kebimbangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Pengendali Norway, Stale Solbakken aku bimbang dengan kekuatan fizikal Ivory Coast yang bakal ditentang pada aksi pusingan 32 Piala Dunia di Stadium Dallas, awal pagi esok.

Faktor fizikal disifatkan sebagai kekuatan sebenar Ivory Coast yang mencipta sejarah baharu dengan layak ke pusingan kalah mati dalam sejarah penyertaan di Piala Dunia buat kali pertama.

“Ivory Coast adalah pasukan yang bagus, tetapi kami juga ada kemampuan jika mampu bermain dengan baik. Jadi kita tunggu dan lihat pada perlawanan ini nanti.

“Mereka memiliki rehat lebih sehari dan kami perlu seimbangkan perkara ini (melakukan perubahan ketika menentang Perancis). Jadi, sekarang dari segi tempoh rehat kami boleh dianggap seimbang, namun faktor fizikal menjadi kekuatan Ivory Coast,” katanya.

Kelibat penyerang sensasi, Erling Haaland menjadi taruhan utama buat Norway dan dalam masa sama, Solbakken tetap waspada dengan ancaman The Elephants.

Solbakken juga memberi bayangan kebimbangan terhadap kepantasan Ivory Coast dan berharap para pemainnya mampu bermain dengan lebih agresif untuk mengimbangi permainan khususnya di bahagian tengah.

“Saya fikir mereka ada gabungan yang cukup baik di bahagian tengah. Mereka juga ada dua pemain sayap dan penyerang yang bagus mengawal bola malah pertahanan mereka juga cukup kuat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN