fbpx

Lelaki tanam pokok pisang dalam lubang di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pokok pisang yang ditanam Raymond akibat muak dengan keadaan jalan itu yang kerap berlubang. - WINK News

FORT MYERS, Florida – Seorang lelaki di Amerika Syarikat  yang bosan dengan keadaan daif jalan berdekatan premis perniagaannya di barat daya Florida bertindak menanam pokok pisang pada lubang di tengah jalan itu sebagai amaran kepada pemandu lain, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Bryan Raymond  menanam pohon pisang di jalan Honda Drive, selatan Fort Myers itu pada minggu lalu.

Raymond yang merupakan pemilik premis kesihatan Progress and Pride Fitness Group berkata, idea untuk menanam pokok timbul selepas dia beberapa kali terpaksa mengisi simen ke dalam lubang tersebut.

Memandangkan Honda Drive merupakan jalan persendirian, pihak pentadbiran tempatan memaklumkan kepada Raymond bahawa penyelenggaraan jalan itu tertakluk kepada pemiliknya.

Raymond menganggap pokok pisang tersebut sebagai sesuatu yang dapat menarik perhatian pemandu lain.

“Sekiranya kita mahu memastikan tiada sesiapa cedera akibat lubang tersebut, kita harus meletakkan sesuatu yang jelas kelihatan,” kata Raymond kepada stesen televisyen tempatan, WBBH.

Menurut Raymond, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah merakam pelbagai masalah di sepanjang jalan tersebut  termasuk lubang dan air bertakung.

“Saya sukakannya kerana ia lucu. Kita perlu menanam lebih banyak (pokok pisang).

“Saya berpendapat ia memberikan mesej,” kata seorang lelaki yang bekerja di kawasan itu, Scott Shein.

Seorang lagi pengguna jalan yang tinggal di kawasan berdekatan, Charlie Lopez juga bersetuju dengan kewujudan pokok pisang itu.

“Lubang pada jalan merosakkan tayar anda dan secara keseluruhannya merosakkan hari anda,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI