fbpx

Lelaki rugi RM2,296 ditipu pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Sorang lelaki berputih mata apabila bukan sahaja wang pinjaman yang diharapkan tidak dapat malah dia mengalami kerugian RM2,296 selepas ditipu sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 54 tahun yang tinggal di Perkampungan Indera Sempurna, di sini menerima panggilan kononnya dari syarikat pinjaman wang berlesen pada 28 Ogos lalu yang menawarkan pinjaman wang.

“Mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM15,000 dan telah memberikan salinan dokumen yang diperlukan kepada pihak terbabit.

“Mangsa juga telah membuat bayaran sebanyak RM500 sebagai bayaran surat kelulusan daftar pembiayaan akaun pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, selepas membuat bayaran terbabit, mangsa sekali lagi diminta untuk membayar sebanyak RM898 sebagai pengesahan pinjaman dan mangsa hanya membayarnya pada Khamis lalu.

Bagaimanapun katanya, selepas membuat bayaran suspek meminta mangsa membuat bayaran semula RM898 dan mangsa membayarnya pada hari sama.

“Selepas itu, suspek masih meminta mangsa membuat pembayaran lain iaitu sebanyak RM1,200 sebagai mendaftar e-sijil dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan alasan syarikat terbabit berkait dengan kes penggubalan wang haram.

“Namun mangsa tidak membuat bayaran seperti yang diminta sebaliknya tampil membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu pihak berkenaan,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI