fbpx
Khalid

Komando parah: Mindef serah siasatan kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes melibatkan seorang anggota komando yang parah di Kem Iskandar, Mersing kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kes berkenaan kini berada dalam perhatian polis dan dipercayai melibatkan dua anggota.

Menurutnya, pada masa sama Tentera Darat (TDM) turut melaksanakan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Hasil siasatan tersebut akan dimajukan dalam masa terdekat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana anggota yang terlibat akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan mangsa yang terjejas kini dipantau rapi oleh pihak perubatan.

“Mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sedang menjalani rawatan pemulihan di bawah pemantauan pihak perubatan,” ujarnya.

Tambahnya, kementerian komited memastikan kes tersebut ditangani secara telus, adil dan mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, siasatan menyeluruh dituntut susulan insiden seorang anggota Rejimen 22 Komando di Kem Sri Iskandar, Mersing yang parah, dipercayai selepas dikenakan hukuman dalam kem tentera.

Peguam, N. Surendran berkata, mangsa, Truper Abdul Hamid Talib, 25, kini masih tidak sedarkan diri serta bergantung sepenuhnya kepada tiub untuk bantuan pernafasan dan nutrisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN