SHAH ALAM – Ledakan kandungan berunsur simpati di media sosial kini mencetuskan krisis kepercayaan apabila orang ramai semakin sangsi terhadap kesahihan kisah menyayat hati yang dipaparkan. Seorang penjawat awam, Siti Baaqiah Mamat, 36, berkata, orang ramai perlu menyemak latar belakang dan situasi terlebih dahulu sebelum membuat sumbangan. Katanya, kandungan berunsur emosi sememangnya mudah menyentuh hati, namun masyarakat tidak wajar terpedaya tanpa pengesahan, terutama jika melibatkan kutipan dana dalam talian. “Kalau betul, boleh beri, tetapi kalau ragu-ragu, lebih baik kita abaikan……














