SEORANG pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer dari Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan berjaya meraih Anugerah TVET Star PolyCC 2025 bagi Kategori Inovasi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ini sekali gus membuktikan, S. Karthik, 21, berjaya mengimplementasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dipelajarinya di institusi berkenaan. Kejayaan tersebut juga mengangkat dirinya sebagai pencipta inovasi berimpak tinggi. Menurut Karthik, projek inovasi yang dibangunkannya dikenali sebagai Aquarise iaitu sistem pintar berasaskan Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) bagi……














