fbpx

Tular video lelaki kahwin dengan tiga wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kesahihannya. - Instagram/@magelangzone

JAKARTA – Satu  klip video memaparkan seorang lelaki didakwa berkahwin dengan tiga wanita secara serentak menjadi tular di media sosial serta mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kesahihan rakaman tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Dalam video yang dimuat naik itu, lelaki tersebut kelihatan mengenakan baju pengantin adat Jawa dan  diiringi oleh tiga wanita didakwa isteri-isterinya.

Dua daripada mereka  turut memakai pakaian pengantin lengkap dengan perhiasan kepala seperti  dipakai oleh pengantin perempuan berketurunan Jawa.

Bagaimanapun, wanita ketiga sekadar memakai baju kebaya tanpa perhiasan pada bahagian kepalanya.

Keempat-empat mereka berjalan seiringan menuju ke pelamin dan kemudiannya bersalaman dengan tetamu yang hadir.

“Keempat-empat pengantin kelihatan sangat bahagia ketika majlis perkahwinan mereka,” tulis keterangan pada video yang dimuat naik di laman Instagram itu.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen berpendapat bahawa video itu adalah strategi pemasaran seorang jurusolek yang ingin mempromosikan solekannya.

Jurusolek tersebut dikatakan merupakan individu pertama yang memuat naik video itu dan mendakwa bahawa lelaki berkenaan berkahwin dengan tiga wanita itu secara serentak.

“Strategi pemasaran jurusolek,” komen seorang netizen yang tidak mempercayai kesahihan video itu.

“Inilah sebabnya mengapa ramai orang muda masih bujang,” kata seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI