fbpx

Ibu ‘Mickey Mouse’ suap dua anak dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut kelihatan menyuap kedua-dua anaknya makan ketika berteduh daripada hujan. – TikTok

JAKARTA – Video menyentuh hati seorang ibu memakai kostum watak kartun Mickey Mouse sambil makan bersama dua anaknya menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen sayu melihat aksi mereka anak-beranak, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam video tersebut  yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, wanita berkenaan yang dikatakan mencari rezeki dengan memakai kostum Mickey Mouse sedang berteduh daripada hujan bersama dua anaknya.

Dia menyuap anak-anaknya makan dengan salah seorang daripada mereka dipangku di atas ribanya.

Anak-anaknya turut kelihatan kesejukan kerana terkena tempias hujan.

“Terlihat mereka berteduh daripada hujan. Seorang ibu ‘badut’ dan dua anak yang kesejukan sambil memakan nasi yang diberikan orang lain.

“Di saat orang lain mahu berehat, ibu ini bekerja. Tolong lindungi mereka ya Allah,” tulis keterangan pada video tersebut.

Sementara itu, dalam satu video yang lain, kelihatan seorang wanita memberikan makanan ringan dan aiskrim buat kedua-dua kanak-kanak tersebut.

“Apabila melihat ibu tersebut bersama dua anak kecil yang berteduh daripada hujan, saya terfikir ingin membelikan anak-anaknya makanan ringan dan mereka tersenyum gembira,” tulis wanita tersebut.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati dan sayu mereka melihat situasi tersebut.

“Kasihan anak kecil itu, pasti mereka kesejukan,” komen seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI