fbpx

United hebat, miliki DNA juara – Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (kiri) yakin United mampu memenangi pelbagai trofi musim ini. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba percaya skuad kali ini mampu untuk mencabar setiap kejuaraan yang mereka sertai bagi saingan musim 2021/2022.

Meskipun disebut-sebut bakal meninggalkan United pada jendela perpindahan kali ini, namun Pogba tetap tenang dan menampilkan aksi cemerlang dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketibaan beberapa nama besar seperti Raphael Varane, Jadon Sancho serta kepula­ngan legenda, Cristiano Ronaldo dilihat mampu untuk memujuk bintang Perancis itu kekal di Old Trafford musim ini.

“Manchester United sentiasa dianggap sebagai pasukan kuat, namun saya fikir skuad kali ini adalah yang terbaik. Saya percaya pasukan ini dibentuk untuk menjadi juara dan itulah DNA sebenar United.

“Semua pemain sedar bukannya mudah untuk mencabar kejuaraan kerana ada banyak pasukan lain yang mempunyai kehebatan sama seperti Uni­ted. Bagaimanapun, kami akan berusaha sehabis baik untuk menjulang trofi musim ini,” kata Pogba.

Dalam pada itu, Pogba turut menaruh sepenuh keyakinan terhadap pengurus, Ole Gunnar Solskjaer untuk menamatkan kemarau kejuaraan selepas empat tahun tidak memenangi sebarang gelaran.

“Saya kenal Ole (Solskjaer) sejak sekian lama dan tahu kemampuan yang beliau miliki. Oleh itu, saya percaya beliau mampu untuk melakukannya (memenangi trofi),” ujar pemain berusia 28 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI