fbpx
Gambar hiasan.

Barisan Exco Negeri Sembilan bakal dimuktamad seawal Jumaat depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dijangka dimuktamadkan seawal Jumaat depan selepas Menteri Besar baharu, Datuk Ismail Lasim mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum senarai nama dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ismail berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika menghadap baginda sejurus selesai Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum mempersembahkan senarai calon Exco kepada baginda, beliau mahu mendapatkan pandangan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO.

Mengulas pembentukan kerajaan negeri, Ismail menegaskan barisan Exco akan membabitkan wakil daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selaras dengan pembentukan kerajaan negeri secara bersama.

“Ya, kita bentuk kerajaan secara bersama. Pastinya kita akan mengambil ADUN yang mewakili PN dan juga ADUN yang mewakili BN. Di pihak BN pula bukan hanya UMNO, malah parti-parti komponen seperti MCA dan MIC juga akan diberi perhatian dalam menentukan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui di Seri Menanti, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN