fbpx

Keputusan lucut hak barang keluaga Najib, keluarga 8 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 November ini keputusan kes lucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka serta 13 pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas pihak – pihak bersetuju supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk kes itu diputuskan selain mengambil kira hujahan bertulis yang telah dihantar sebelum ini.

Dalam prosiding itu, Mohamed Zaini berkata, beliau memerlukan masa untuk menyediakan penghakiman bertulis.

“Saya perlukan dua bulan dan keputusan ditetapkan 8 November depan,” katanya.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffrey Ong berkata, prosiding hari ini diteruskan dengan mahkamah penetapan tarikh untuk keputusan kes.

Ini kerana katanya, semua pihak bersetuju bahawa mereka mengguna pakai hujahan bertulis tanpa perlu hujahan lisan.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.

Permohonan itu menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho atau Jho Low), bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dan isterinya, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara lain permohonan itu difailkan atas alasan bahawa pendakwaan, yang bertindak mengikut Seksyen 56(1) dibaca bersama dengan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, berpuas hati bahawa kesemua item yang dirampas antara 17 Mei 2018 dan 11 Mac 2019 adalah mempunyai perkaitan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan atau sebagai hasil aktiviti haram yang membabitkan responden. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI