fbpx

Felda Kota Gelanggi 2 di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang iaitu Felda Kota Gelanggi 2, dalam Mukim Pulau Tawar, Daerah Jerantut bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini.

Ia susulan lima individu warga tempatan di kawasan berkenaan semalam disahkan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat di lokaliti yang dibuka pada tahun 1977 mengandungi seramai 431 peneroka serta berjiran dengan Felda Kota Gelanggi 1, 3, 4, 5 dan 6 selain Felda Jengka 8, 9 dan 24.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, selebihnya melibatkan 24 lokaliti lagi di Sabah, antaranya Ladang Mawang, Kalabakan; Kem Sawmill Mengayum, Sipitang; Taman Taman Limauan Kinarut; Kampung Mondikot di Papar; Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu di Lahad Datu.

Turut dikenakan PKPD ialah, Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin di Kinbatangan; Kampung Tanjung Batu Tengah, Kampung Sungai Tamang, Tanjung Batu Laut Logpon dan Taman Ranggu Saujana di Tawau

Lokasi lain termasuklah, Delta Height, Rainfield Garden, Kampung Sindaanan dan Maju Koa Lights Industry di Penampang; serta Taman Kuala Menggatal, Kampung Lapasan, Kampung Kelingau, Kampung Bambangan Inanam, Kampung Inanam Laut, Kampung Cempaka Likas dan Kampung Cenderamata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI