fbpx

Kampung Orang Asli di Cameron Highlands kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tidak sampai tiga hari, sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Cameron Highland, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 13 Oktober depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, kawasan itu ialah Kampung Orang Asli Kuala Boh di Pos Menson dalam Mukim Ulu Telom yang berhampiran ladang teh Boh dan dihuni lebih 500 penduduk dari kalangan etnik Semai.

Katanya, setakat pagi ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merekodkan ada dua kes positif Covid-19 hasil saringan kontak bergejala susulan kemunculan Kluster Kampung Leryar yang berjiran.

“Sebelum itu, pada Sabtu lalu, Kampung Telimau di mukim tersebut telah diwartakan PKPD, manakala tiga lagi perkampungan yang berhampiran turut dilaksanakan semula buat kali kedua.

“Ia meliputi Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong dalam mukim sama ekoran kematian kes indeks serta lonjakan baharu akibat kluster komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI