fbpx

DHL selesa pilih pengangkutan darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengangkutan jalan di rantau ASEAN menawarkan penjimatan kos dan perjalanan lebih pantas berbanding pengangkutan laut.

PETALING JAYA – DHL Global Forwarding, pakar pengangkutan antarabangsa terkemuka di bawah Deutsche Post DHL Group meramalkan pertumbuhan kukuh dan berterusan dalam pengangkutan jalan raya rentas sempadan di rantau Asia Tenggara.

Trend tersebut dimaklumkan dalam kertas putih Pengangkutan Asia Tenggara: Menuju ke Arah Pertumbuhan yang diterbitkan semalam.
Pasaran pengangkutan jalan ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan melebihi lapan peratus pada tahun 2020 hingga 2025.

Pertumbuhan perniagaan dan perbelanjaan pengguna dalam platform e-dagang sehingga 70 peratus menjelang tahun 2027 juga akan merancakkan lagi permintaan terhadap penyelesaian logistik dari pintu ke pintu.

Ketua Pegawai Eksekutif DHL Global Forwarding Asia Tenggara, Thomas Tieber berkata, pengangkutan jalan kini memainkan peranan lebih penting dalam pengangkutan jarak jauh antarabangsa di seluruh Asia kerana menawarkan pilihan menjimatkan dan lestari.

“Walaupun kadar pengangkutan udara dan laut tidak menentu semasa wabak Covid-19, pengangkutan jalan menawarkan harga, kapasiti dan akses sempadan yang lebih stabil di Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengangkutan jalan jauh lebih murah dan menghasilkan pelepasan karbon lebih rendah daripada pengangkutan udara, selain menawarkan keselamatan lebih baik serta perjalanan lebih pantas berbanding pengangkutan laut.

Gabungan penghantaran jalan dan udara dari Jakarta ke Bangkok melalui Singapura mi­salnya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50 peratus dan menjimatkan kos 35 peratus berbanding penerbangan terus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI