fbpx
Tangkap layar video tular di Threads memaparkan tampalan berbentuk X di Lebuh Raya NPE.

Tampalan jalan berbentuk ‘X’ di NPE hanya sementara, dibaiki esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tampalan jalan berbentuk ‘X’ yang mencetuskan perhatian pengguna di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) berhampiran Angkasapuri merupakan tampalan sementara selepas kerja pembinaan dijalankan di kawasan berkenaan.

New Pantai Expressway Sdn. Bhd. (NPE) memaklumkan, lokasi terbabit terletak di Kilometer (KM) 12.5 hingga KM 12.8 arah Bangsar dan merupakan kawasan kerja bagi Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai.

Menurut syarikat itu, tampalan sementara berkenaan dibuat selepas kerja korekan percubaan bagi mengesan kedudukan utiliti bawah tanah dijalankan.

“Kerja pembaikan tetap untuk kawasan tersebut telah dirancang pada esok (11 Julai) untuk mengembalikan semula keadaan asal permukaan turapan lebuh raya.

“Pihak NPE menghargai maklum balas yang diberikan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah NPE, syarikatnya kekal komited untuk memastikan kelancaran trafik demi
keselesaan pengguna lebuh raya sepanjang kerja-kerja pembinaan projek ini
dijalankan.

Terdahulu tular di media sosial rakaman sebuah video memaparkan jalan di Lebuh Raya NPE diturap dengan bentuk X sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Beberapa pengguna turut berseloroh dan berjenakan menyatakan tanda pangkah X itu disebabkan Pilihan Raya Negeri Johor.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN