JAKARTA – Seorang ketua kecamatan di Jawa Timur mengakui memberi idea agar ketua-ketua kampung di kawasannya mencuri lembu penduduk yang enggan divaksin, lapor portal beritajatim.id, semalam.
Joko Suwarno yang merupakanĀ Ketua Kecamatan Batang-Batang, bagaimanapun berkata, beliauĀ memberitahu idea itu sebagai sekadar bahan gurauan ketika sesi perbincangan antara ketua kampung.
Menurut Joko, video tular yang memaparkan dirinya berkata begitu dirakam ketika peratusan vaksinasi Covid-19 di wilayah Sumanep sangat rendah.
āMemang saya ada beritahu ketua kampung untuk mencuri lembu peliharaan penduduk yang menolak vaksin tetapi dalam nada bergurau.
āIni kerana pada ketika itu, mereka semua buntu bagaimana mahu menyuruh penduduk mengambil suntikan vaksin Covid-19,ā jelas Joko.
Tambah Joko, dia memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya jika telah menyinggung mana-mana pihak.
āMaksud saya mencuri lembu itu bukan untuk keuntungan. Biasanya penduduk akan mengadu pada ketua kampung jika berlaku apa-apa musibah.
āMungkin jika lembunya hilang, dia akan mengadu pada ketua kampung dan boleh diberi syarat perlu vaksin untuk dapatkan semula lembu mereka. Itu sahaja,ā ujarnya. – Agensi














