fbpx

Kitaran haid berubah selepas suntikan vaksin Covid-19 perkara biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja penjagaan kesihatan menyuntik vaksin Moderna Covid-19 di tapak vaksinasi American Museum of Natural History di New York pada 30 April 2021. - Gabby Jones / Bloomberg/ Getty Images

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu kajian mendapati orang dewasa yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bukan sahaja mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, letih dan sakit otot bahkan perubahan haid yang sementara, lapor saluran berita NBC News. 

Kajian diterbitkan dalam jurnal Science Advances itu mendapati bahawa 42 peratus wanita yang mempunyai kitaran haid normal, mendapati darah keluar lebih banyak apabila mereka datang bulan selepas divaksin.

44 peratus wanita tidak mengalami perubahan pada kitaran haid mereka, manakala sekitar 14 peratus mengalami haid yang lebih ringan.

Wanita yang tidak datang bulan termasuk mereka yang putus haid atau menggunakan kontraseptif untuk jangka panjang pula mendakwa mengalami haid di luar jangkaan selepas menerima vaksin Covid-19.

Tinjauan itu melibatkan lebih 39,000 orang berusia 18 hingga 80 tahun yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak dijangkiti Covid-19.

Penulis kajian memberi amaran bahawa peratusan itu tidak semestinya mewakili kadar perubahan dalam populasi umum kerana orang yang menyaksikan perubahan kitaran haid lebih cenderung utnuk mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.

Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan bukti bagi kajian masa hadapan dan bukan bertujuan mengenal pasti sebab dan akibat.

Bagaimanapun, kajian terbaharu yang lain juga mendapati bahawa vaksin Covid-19 dikaitkan dengan perubahan kecil dalam tempoh kitaran haid. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI