fbpx

Jepun lulus pampasan pertama kematian akibat vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESYUARAT panel kementerian kesihatan mengenai vaksin. - KYODO

TOKYO – Sebuah panel kementerian kesihatan Jepun buat kali pertama meluluskan bayaran pampasan kepada keluarga seorang wanita warga emas yang meninggal dunia setelah mengalami alahan dan serangan jantung mengejut berkaitan vaksinasi Covid-19, lapor akhbar Japan Today semalam.

Wanita berusia 91 tahun itu mempunyai masalah kesihatan termasuk serangan iskemia sementara (gangguan bekalan darah ke otak) ketika menerima suntikan vaksin Covid-19, demikian menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Kementerian itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai tarikh wanita itu divaksin atau bilangan dos yang diterima.

Pada Isnin lalu, panel sama memutuskan bahawa kaitan sebab dan akibat daripada suntikan vaksin yang diterima, tidak boleh dinafikan dalam kes tersebut.

Jurucakap panel itu berkata, bukti terperinci secara saintifik tidak diperlukan dalam menentukan kelayakan tuntutan ganti rugi.

Sehingga Isnin lalu, panel tersebut telah menerima permohonan pampasan berkaitan vaksin Covid-19 daripada 3,680 pemohon yang mana 850 daripadanya diluluskan, manakala 62 lagi ditolak.

Di bawah undang-undang Jepun, kematian yang boleh dikaitkan dengan vaksin melayakkan waris menerima bayaran pampasan secara sekali gus sebanyak 44.2 juta yen (RM1.44 juta) dan sumbangan 212,000 yen (RM6,893) untuk kos pengebumian. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI