fbpx

Perolehan vaksin Covid-19: Maklumat Kementerian Kesihatan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Karnival Kerjaya MYFuture Jobs dan Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFuture Jobs yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Butiran mengenai perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan perkara itu berkata, butiran berkenaan kemudiannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebagai makluman.

Menurutnya, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara tersebut.

“Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain, bukan urusan saya lagi.

“Yang saya beri itu hanya kenyataan yang disediakan oleh KKM dan Kabinet mengambil perhatian dan kemudian badan-badan siasatan harus siasat benar tidak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merupakan bekas Menteri Kesihatan menafikan dakwaan perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan AGC.

Beliau dilaporkan berkata, semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet.

Kenyataan itu susulan pembentangan Kertas Putih oleh KKM berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan.

Anwar sebelum ini berkata, perolehan terbabit juga ditandatangani tanpa persetujuan AGC.

Katanya, kertas putih terbabit akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang oleh Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI