fbpx

Switzerland musnahkan 10.3 juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan perubatan mengisi picagari dengan vaksin Moderna di Delemont, utara Switzerland, pada 14 Disember 2021. – AFP

BERN, SWITZERLAND – Kerajaan Switzerland akan melupuskan lebih 10.3 juta dos vaksin Covid-19 jenama Moderna yang telah mencapai tarikh luput minggu lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kos keseluruhan bagi dos yang dimusnahkan adalah sekitar AS$285 juta (RM1.3 bilion).

Menurut laporan, daripada 10.3 juta dos tersebut, sebanyak 2.5 juta disimpan di sebuah pangkalan logistik tentera di Switzerland, manakala selebihnya berada di depoh simpanan luar Belgium.

Meskipun hanya mempunyai populasi penduduk seramai 8.7 juta orang, kerajaan Switzerland memperoleh sejumlah 34 juta dos vaksin Covid-19.

Pakar-pakar menyatakan bahawa strategi pemerolehan awal Bern apabila vaksin sedang dibangunkan,  menjadi punca kepada pengedaran yang berat sebelah itu.

Ini bukan kali pertama Switzerland membuang vaksin Covid-19 secara berskala.

Menurut laporan pada Mei lalu, negara Eropah itu telah memusnahkan lebih 620,000 dos vaksin yang tamat tempoh pada awal tahun ini selepas berlaku penurunan mendadak dalam permintaan.

Pada Februari lepas pula, kerajaan Switzerland mendakwa bahawa ia akan menyumbangkan sehingga 15 juta lebihan dos vaksin Covid-19 kepada negara-negara miskin.

Bagaimanapun, memandangkan lebih 10 juta dos akan dimusnahkan, berkemungkinan tiada negara miskin akan menerima sumbangan vaksin tersebut seperti yang didakwa. 

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, hanya 19 peratus  populasi di negara-negara berpendepatan rendah menerima vaksinasi Covid-19 berbanding 75 peratus di negara-negara maju. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI