fbpx
Ahmad Izram (dua dari kiri) hadir Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 JBPM Pulau Pinang di Butterworth di sini, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

JBPM nasihat hentikan panggilan palsu, bazir kos minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Ketidaktentuan di Asia Barat yang menyumbang kepada peningkatan kos bahan api ketika ini memberi cabaran kepada operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya kini mempertingkatkan langkah pengurusan bahan api secara berhemah bagi menghadapi situasi tersebut, sambil memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap optimum.

“Kita sebagai salah satu pasukan kecemasan, kita mengutamakan keselamatan dan kecemasan. Jadi, jabatan tidak akan kompromi untuk kita pergi bagi tujuan kecemasan.

“Tetapi kita akan mengurangkan, mengoptimumkan penggunaan utiliti kenderaan namun untuk kes, kita mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 JBPM Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar tidak menyalahgunakan talian kecemasan dengan membuat panggilan palsu yang boleh menjejaskan kecekapan operasi jabatan.

“Kita risau jika ada panggilan palsu dan kita pergi, kemudian (tempat lain) ada betul-betul berlaku kebakaran yangmelibatkan mangsa,” katanya.

Tambahnya, JBPM Pulau Pinang merekodkan sebanyak 11 panggilan palsu sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sekali gus memberi kesan kepada kecekapan operasi serta pembaziran sumber kewangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN