fbpx

Lelaki dipenjara terima suntikan palsu vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Newton dipenjara 16 minggu kerana penipuan melibatkan suntikan vaksin Covid-19. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara selepas membayar seorang doktor di Singapura untuk mendapatkan suntikan saline (garam) supaya disahkan menerima status vaksinasi lengkap Covid-19, lapor laman berita Mothership hari ini.

David Christopher Newton, 44, ditahan ada 21 Januari 2022 selepas Kementerian Kesihatan mendapati seorang pengamal perubatan, Jipson Quah melakukan perkara serupa kepada 17 individu lain.

Pada 27 April lalu, Newton mengaku bersalah bersubahat dengan Quah dan pembantunya, Chua Cheng Soon Thomas untuk menipu Lembaga Promosi Kesihatan (HPB) bahawa dia telah menerima vaksin lengkap Covid-19.

Selepas mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan melibatkan isterinya, Newton dijatuhi hukuman penjara 16 minggu.

Newton dikatakan telah meminta Thomas untuk datang ke rumahnya pada 26 Disember 2021 dan mengadakan perbincangan mengenai vaksin Covid-19.

Dua hari selepas itu, Thompson meminta Quah mengatur agar suntikan palsu itu diberikan di sebuah kliniknya di Woodlands. Setelah bersetuju dengan bayaran SGD$6000 (RM20,044), Newton menyerahkan deposit SGS$2,000 (RM6,681) kepada Chua.

Pada 29 Disember, Newton, isteri dan anak perempuannya dibawa Thompson ke kliniknya untuk disuntik. Isteri Newton ditipu bahawa mereka akan menerima vaksin Sinopharm.

Quah merekodkan bahawa Newton dan isterinya menerima dos pertama vaksin Sinopharm. Kakitangannya kemudian menghantar rekod vaksinasi mereka ke Pejabat Pendaftaran Imunisasi Kebangsaan (NIR) yang diselenggarakan oleh HPB.

Hakim Daerah Soh Tze Bian menyatakan bahawa Newton mementingkan diri dengan mengambil kesempatan walaupun tidak divaksinasi dan tidak ragu-ragu melanggar peraturan Singapura untuk membendung kecemasan kesihatan awam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI