fbpx

David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama mempengaruhi keperibadian bayi dan perlu dititikberatkan semasa proses kehamilan. - Getty

LONDON – Satu kajian yang dijalankan mendapati nama bayi paling popular dalam kalangan bilionair adalah nama-nama ‘biasa’, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Laman HushHush.com membuat kajian berdasarkan senarai majalah Sunday Times Rich dan data dalaman pelanggannya bagi mendapatkan 10 nama lelaki dan perempuan yang popular dalam golongan individu kaya. 

Nama paling popular ialah David diikuti Alex, John, James dan Mark.

Bagi nama perempuan pula, nama paling popular ialah Elizabeth diikuti dengan Jasmine, Ruth, Leonie dan Sofia.

Nama popular bagi bilionair dan multi-bilioniar adalah David iaitu sebanyak 74 kali diikuti dengan Alex sebanyak 67 kali, manakala Elizabeth muncul sebanyak 43 kali diikuti Jasmine, 32 kali dan Ruth 31 kali.

Penyelidik berkata, nama mempunyai kaitan dengan karakter, sikap dan rupa paras sekaligus menjadikan pemilihan nama sesuatu yang sangat penting kepada semua ibu bapa.

“Pemilihan nama bayi merupakan saat-saat yang istimewa bagi ibu bapa di seluruh dunia dan kami fikir memberikan anak anda nama yang secara statistiknya menunjukkan mereka akan berjaya tentu sekali merupakan apa yang anak anda impikan.

“Terdapat sekitar 2,000 bilionair di dunia dan biarpun nama mereka berbeza, terdapat beberapa bilionair ini yang berkongsi nama yang sama. Ini bersama data dalaman yang diperoleh membolehkan kami menyediakan senarai nama bilionair yang paling popular,,” kata pengasas HushHush.com, Aaron Harper. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI