fbpx
Dewan Rakyat kembali hangat dengan kehadiran Ahli Parlimen pada sidang khas.

Tiga lagi kes positif dikesan di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tiga lagi kes positif Covid-19 berkaitan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terbaharu yang dijangkiti seramai 88 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes baharu itu dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat membabitkan kontak rapat dengan 17 kes sudah dilaporkan sebelum ini menjadikan jumlah terkini sebanyak 20 kes.

Kes membabitkan saringan Pra Dewan Rakyat dan Pra Dewan Negara masing-masing kekal dengan 60 dan lapan kes setakat ini.

Beliau berkata, kes-kes tersebut dilaporkan pada 7 Ogos lalu dan mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR di antara 19.15 sehingga 22.27 iaitu bermaksud kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

“Kesemua kes mempunyai gejala ringan dan sebelum ini telah pun mendapat vaksin lengkap. Mereka juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen supaya tidak menjangkiti ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN