fbpx
Wanita itu hanya tersedar dia menerima suntikan salah apabila melihat jarum suntikan itu lebih panjang berbanding biasa. - Getty Images

Hadir untuk janji temu perancang kehamilan, dapat suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Seorang wanita yang menghadiri janji temu bagi mendapatkan suntikan kontraseptif atau perancang kehamilan terkejut apabila petugas kesihatan tersilap memberikannya vaksin Covid-19 jenis Sinovac, lapor laman Coconuts.co kelmarin.

Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Hiu Ying itu memberitahu portal berita online tempatan, HK01 bahawa dia hanya menyedari telah menerima suntikan vaksin Sinovac apabila melihat jarum suntikan yang digunakan padanya itu lebih panjang berbanding jarum suntikan kontraseptif sebelum ini.

Dia kemudian bertanya kepada doktor itu tentang suntikan yang diterimanya dan doktor itu menjawab ia merupakan vaksin Sinovac Covid-19.

“Saya datang ke sini untuk mendapatkan suntikan kontraseptif, bukan vaksin Covid-19,” jawab wanita itu kepada doktor terbabit.

Doktor tersebut kemudiannya mengaku kesilapan tersebut dan mahu menyuntik wanita itu dengan suntikan kontraseptif. 

Dia yang sudah menerima dua dos vaksin Pfizer bagaimanapun enggan dan bertanya sekiranya dia boleh membuat aduan berkenaan kesilapan tersebut kepada jabatan kerajaan.

Doktor tersebut memeriksa tekanan darah wanita itu selepas menerima vaksin dan mendapati ia telah meningkat.

Wanita itu turut mendakwa dia berasa sakit kepala sebelum petugas berkenaan menghubungi ambulans dan dimasukkan ke hospital dengan surat doktor yang bertulis ‘Tersilap terima vaksin Sinovac’.

“Saya rasa doktor tersebut sangat tidak bertanggungjawab malah kelihatan terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana untuk mengawal situasi itu,” kata Hiu Ying.

Sehingga kelmarin, klinik tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu terbabit. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN