fbpx

Acara keirin harapan terakhir pingat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEASLEY (kanan) membantu anak buahnya, Azizulhasni yang terjatuh ketika bersiap sedia untuk berlumba dengan lawan dari Belanda, Je rey Hoogland dalam acara pecut pusingan 1/8 di Velodrome Izu, Shizuoka semalam. AFP

JURULATIH berbasikal trek negara, John Beasley tetap berbangga dengan keputusan dua pelumba negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni, 33, dan Shah Firdaus, 25, gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas mereka berdua tewas dalam pusingan 1/8 repechages masing-masing di Velodrome Izu, Shizuoka semalam.

Bagaimanapun, Beasley tidak khuatir dengan situasi itu kerana acara keirin yang akan bermula Sabtu ini adalah tumpuan utama buat dua pelumba negara untuk menghadirkan kilauan pingat buat Malaysia.

“Saya sangat berbangga dengan anak-anak buah saya walau apa pun keputusan diraih hari ini (semalam). Keirin adalah acara yang kami datang untuk menang di Tokyo.

“Pecut sentiasa menjadi acara untuk mencari rentak terbaik sebelum menghadapi keirin. Kita mempunyai pelumba (bersaiz) kecil dalam dunia berbasikal dan sukar untuk mencabar atlet yang berfizikal lebih besar.

“Berdasarkan peraturan sekarang, atlet bersaiz lebih besar mempunyai kelebihan kerana (saiz badan) berat akan membantu pecutan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial semalam.

Pada masa sama, jurulatih dari Australia itu merasakan acara keirin berbeza kerana ia tidak terlalu bergantung kepada pecutan semata-mata, sebaliknya lebih mengutamakan aspek kelajuan, kekuatan dan taktikal.

“Inilah sebenarnya kemampuan Malaysia kerana ia mengurangkan kelebihan kepada pelumba-pelumba yang bersaiz besar. Kami datang ke sini untuk memenangi keirin dan kami berada di landasan tepat,” jelas Beasley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI